Friday, 21 June 2013

New Stock Jersey

ASSALAMMUALAIKUM...mood berkobar2 dengan kehadiran stok jersey baru.memang target tinggi untuk musim jualan tahun ni.aku sebagai pengurus ARIL JERSEY SHOP ENTERPRISE ni mempunyai harapan besar dalam perniagaan aku sendiri..makin lama makin matang buat business,kalau dulu hanya buat seronok2 tapi bila dah melekat dengan perniagaan..ALHAMDULILLAH semuanya menaik secara berperingkat-peringkat..seronok bila kita yang arrangekan business kita sendiri untung rugi kita yang tanggung.walaupun bukan mudah nak ke tahap USAHAWAN MUDA BERJAYA tapi aku rela mula daripada bawah,mula dari hidup susah ke senang..kita untung jangan ingat selama-lamanya,pandai rollingkan duit senang la hidup kita jika ALLAH memberikan rezeki yang luas untuk kita.lepas dapat hasil jangan lupa KATA KUNCI kita menyebut ALHAMDULILLAH tanda syukur kita kerana ALLAH memberikan rezeki hasil modal kita sendiri..so sekarang stok jersey baru masuk dalam kepala macam2 nak buat pembaharuan buat itulah inilah..so papehal fokus je....

Thursday, 13 June 2013

EVERYTHING FOR ZABA

ASSLAMMUALAIKUM..Harini aku cuti kerja.macam biasa siapkan tshirt yang belum habis.tapi nasib baik semalam stok jersey dah siap kira dan agihkan bersama kak aina dengan abang tercintanya,kalau tak sampai bila pun tak siap.lepas siapkan tshirt dalam jam 2 petang tadi,dalam jam 5 petang dapat panggilan dari kawan aku di zaba,terkejut jugak dia call tiba tiba je,rupa rupanya diaorag suruh aku datang zaba sebab lama tak jumpa..lepas je call tanpa buang masa capai kunci kereta satria neo kepunyaan mak aku then terus drive ke zaba..sampai zaba kira kira dalam jam 6.40 petang..terkejut gak semua ada sekali.turun dari kereta diaorang terus ke arah aku salam dan peluk..peh sayu hati aku ni,kawan yang jauh ni amat menghargai aku..then kitaorang terus ke kedai makan ikan bakar seremban 2,aku ingat ada sape sape belanja rupa rupanya kongsi duit hahaha..adalah dalam rm 233.00 billnya.makan ikan jenahak sweet sour ,sotong goreng tepung,pari bakar sambal..apa yang nak dikisahkan pasal bayaran janji kita happy bukan selalu macam ni.lepas makan kitaorang solat maghrib dekat kedai tu juga..lepas tu kitaorang pergi jj seremban 2 saja jalan jalan untuk penuhi jadual.hehehe.. aku target memang nak balik sebelum jam 10 malam sebab esok kerja.jalan punya jalan sampai tak sedar dah pukul 9 lebih.apa lagi cepat cepat balik..tapi yang menyedihkan diaorang sanggup ajak aku tidur rumah sape2 yang dekat,tapi aku terpaksa tolak pelawaan diaorang sebab esok aku kerja lagipun aku tak lepas target lagi,kalau dah lepas target hati pun senang.. walaupun perjumpaan kita ni sekejap tetapi ia membawa makna yang besar..THANK YOU ZABA I MISS YOU ALL

Hancur Harapan

YA ALLAH jika ini ujian yang kau berikan padaku atas perpisahan kami aku terima dengan hati yang terbuka dan redha.aku tahu ada hikmahnya sebagaimana aku sanggup tunggu 2 tahun itulah hikmahnya yang kau berikan pada aku pada masa itu..Jika dia adalah jodohku maka kau tetapkanlah,satukan kami semula,tolong jagakan dia untuk aku lindungilah dia dari perkara yang negatif agar dia dapat membawa dirinya dengan baik.jika dia mempunyai pengganti baru kau bahagiakanlah mereka,mudah mudahan dia tidak menyakitkan hati orang barunya itu seperti terjadi pada diri aku,bukan dia jahat tapi dia mahu merasakan perkara yang baru..aku tak sanggup nak ceritakan segalanya disini,biarla hanya perkara yang indah berada di diari aku ni..walaupun perit aku terima tapi perlahan lahan aku tenangkan diri aku..aku tak pernah rasa cinta dan sayang sekuat macam aku berikan pada dia.tetapi apakan daya suasana persekitaran mengubahkannya..minta maaf dan terima kasih atas segala galanya..aku amat menghargai dia walaupun 2 kali aku terkena macam ni,tapi ini dugaan untuk kami berdua.masih jauh perjalanan kita sayang buatlah yang terbaik dalam diri ni

Sangat Mencabar

ALHAMDULILLAH sudah 1 bulan lebih aku bekerja di COURTS MELAKA..mula mulanya ada seronok sedikit sebab aku lepas target tapi bila dah lepas target ni boss mengharapkan bulan yang akan datang bukan senang untuk lepas target,kerana target terlalu tinggi tapi bergantung pada rezeki jugak..aku target gaji aku bila buat sale dalam lingkungan RM3000 itu pun pada tahap minimum..kalau aku yang bujang ni terlalu cukup dapat gaji macam tu tapi buat masa sekarang belum mencecah tahap tu lagi sebab aku baru lagi..INSYA ALLAH kalau dapat bertahan mungkin boleh dapat lebih lagi..memang sekarang aku tengah usaha kan dapat bukak sebuah kedai ARIL JERSEY SHOP ENTERPRISE aku tu,memang aku tak akan putus asa untuk dapatkannya.kauorang kalau ada semangat macam aku ni pasti kauorang takkan putus semangat untuk mengejar impian masing masing..so keje kat tempat ni amat mencabar dari segi mental

Kuatkan Hubungan Kami

YA ALLAH tak sanggupnya nak lepaskan dia walaupun hanya seketika berada di PLKN sana.. aku amat sayangkan dia dan aku harap dia baik-baik disana nanti.. aku tak kuat tanpa dia,aku perlukan dia setiap detik.. marah aku kat dia bukan tanda benci tapi terlalu sayangkan dia. sekarang ni hati aku mula kacau bilau disebabkan dia pergi sana aku takut sangat dia berjumpa dengan orang baru.tapi aku percaya kat dia kalau dia pegang janjinya itu. aku berharap sangat susah senang kita bersama dan kita dapat maju bersama. walaupun kau pesan kat aku.tunggu kau mesej aku dulu then baru reply,tapi boleh ke aku dengar cakap kau tu..aku dah terbiasa tiap2 hari mesej kau tapi kalau dah macam ni terpaksa dengar cakap kau tapi tu bukan bermakna aku nak hilangkan diri aku dengan kau..aku pasti tunggu sehingga handphone aku berdering dan keluar nama kau..esok aku mula keje ditempat baru iaitu di COURTS MELAKA.disitu kita hanya buat sale sahaja,walaupun lari dalam bidang aku,buat masa sekarang ni aku fikirkan duit dahulu sebab aku banyak perancangan yang perlu aku laksanakan..aku harap dapat menjamin masa depan aku disana..mudah mudahan aminnn