Friday, 21 September 2012

Sayangkan Dia

ASSALAMMUALAIKUM..HMMM sejak kebelakangan ni.asyik gaduh je.sapa suka gaduh2 ni.terutamanya orang yang kita sayang..cuma setiap perubahan yang dilakukan memang sukar,sebab itulah punca pergaduhan,salah faham.Aku boleh terima ni semua kerana sabar aku,cinta aku,sayang aku kat dia hanya ALLAH yang tahu.Kita sakit hati macam mana pun kita akan marah dan geram betul tak??sebab rasa tu tak boleh simpan,lebih baik jumpa depan2 bincang..memang pelik la.orang perempuan dan lelaki mahukan pasangan yang setia bila dah dapat lain pulak jadinya..aku pantang pukul perempuan kerana tu bukan caranya nak tunjuk kasih sayang tapi menyakitkan hati dan anggota badan nya.ish..YA ALLAH JAUHKAN LAH AKU DARIPADA SIKAP SEBEGITU..jujur aku cakap aku sayangkan dia,aku dah anggap dia family aku.Cuma jodoh itu kuasa ALLAH yang menentukan kita berdoa dan berusaha untuk dapatkan nya.

Apa Sudah Jadi??

ASSALAMMUALAIKUM..Mood kecewa.sebab??sebab trialexam.hmmm.susah sangat soalan nya dan baru aku sedar masa aku form 3 ada cikgu berpesan pada anak muridnya.'KITA AKAN TERFIKIR KENAPA KITA KENA BELAJAR'..YA ALLAH kenapa aku baru dapat rasakan apa yang cikgu tu pesan.kenapa masa cikgu tu cakap aku tak terus berubah.kenapa sekarang.hm bagi aku dah terlewat,tapi ALLAH MAHA KUASA. cepat sedar,cepat berusaha sungguh2 insya allah kita akan dapat apa yang kita mahukan.DOA juga 1 senjata.ALLAH menunggu doa hambanya ketika susah dan senang.aku nak 1 je untuk SPM ni.aku nak gembirakan kedua ibubapa aku ketika dia masih hidup itu matlamat utama aku dulu.mungkin aku tidak ada rezeki dalam pelajaran tapi mungkin rezeki aku kat luar sana insya allah.Masih ada masa lagi MUHAMMAD AZRIL FIQRI BIN AZIZI cuma jangan sia siakan sahaja.

Wednesday, 12 September 2012

Curang Bukan Sifatku

Dunia ini penuh dengan dugaan,tetapi hanya orang bersifat sabar mampu menahannya.. ALHAMDULILLAH hari semakin hari aku semakin baik dan harap akan bertambah baik.NUREMILIA ROSMAN indah nama mu yang diberi oleh ibunda dan ayahnda mu,nama mu seindah wajah mu.Bila melihat wajah kau pasti ramai yang terpikat.ALHAMDULILLAH aku yang beruntung dapatkan kau.tapi untuk menjaga kau tak semudah yang orang lain tahu.hanya aku yang 5 tahun kenal kau tahu tentang kau.Aku bertuah dapat kau..baik buruk kau aku dah rasakan.tinggalnya kau harus diberi perhatian yang lebih dari aku.aku faham benda tu semua,itulah wanita yang mahukan dari seorang lelaki yang bertanggungjawab menjaga mereka.aku tahu kau bukan gadis yang curang kau setia orangnya,aku harap kau kekalkan sifat kau tu.sebab aku ni tak ada sifat curang dan aku tak ingin curang dengan kau.kau yang terbaik untuk aku, bodohlah kalau aku cari orang lain.HMMMM aku pernah jumpa kawan aku yang depan2 aku, dia curang dengan GF dia akhirnya TUHAN YANG MAHAKUASA itu telah tunjukkan,aku sungguh terkejut,betapa sayangnya TUHAN kepada hambanya supaya GF dia tidak tertanya2 hunbungan kawan aku dan GF dia..1 lagi peristiwa yang juga di depan aku.kawan aku punyai masalah dengan GF dia tetapi TUHAN ITU MAHA KUASA dia ternampak GF die berpimpin tangan dengan lelaki lain..YA ALLAH aku sendri dapat melihat kejadian macam tu,betapa hampanya jika seseorang itu dicurangi baik laki mahupun perempuan.jauhhila aku dari perkara tersebut..Alangkah indahnya jika kita dihargai oleh seseorang dimana sahaja kita berada nama kita sentiasa ditulis dimana mana.mudah mudahan kami dapat menjaga hubungan yang telah kami bina selama ni dan jauhhilah kami daripada masalah orang yang ketiga dalam hubungan kami.amin..... Love you

1 SEPTEMBER 2012

ASSALAMMUALAIKUM..ALHAMDULILLAH 1 TAHUN bersamanya.. syukur kepada ALLAH S.W.T kerana aku dipertemukan dengan si dia.Aku dapat merasakan cinta yang sejati bersamanya.aku gembira sangat.aku berdoa kepada ALLAH supaya jodoh aku dengan si dia menjadi lebih baik,tak salah kalau kita berdoa untuk hubungan kita berkekalan,kerana bercinta itu harus jika ke arah kebaikan..aku hargai perempuan seperti dia,ini bukan hanya kata2 manis tapi ini jujur dan ikhlas..Dia menjaga,menegur aku jika aku buat salah..Aku harap 1 SEPTEMBER ni jadi tarikh bahagia kami hingga ke akhir hayat.ALHAMDULILLAH aku ni diberi sifat setia kepada seseorang yang benar2 aku cintakan.kalau aku buat silap,aku akan pujuk hingga dia memaafkan aku,tetapi hati perempuan sangat lembut jangan la sesekali sakiti hati perempuan,begitu juga aku yang ingin menjadi yang terbaik untuknya..aku tak mudah jatuh cinta dan tak mudah terpikat dekat orang yang aku tak cintakan.orang kata kalau lelaki pandang perempuan sekali dah jatuh cinta,tetapi aku tak pernah rasa macam tu.tetapi si dia akhirnya membuka hati aku untuknya.. thank you ma sebab jaga pa,pa hargai ma,walaupun pa ni membuatkan hati ma skit dengan perangai pa,itu bukan tandanya pa benci,tak cinta,tak sayang kat ma lagi tapi pa tak nak orang lain rampas ma...itu je...I LOVE YOU SO MUCH.SO MUCH!!!! YA ALLAH YA TUHANKU,KAU PANJANGKANLAH JODOH KAMI HINGGA PERTALIAN YANG SAH DAN HINGGA KE SYURGA MU YA ALLAH.JAUHILAH KAMI DARI MELAKUKAN DOSA YANG KAU BENCI.AMPUNILAH DOSA KAMI DAN DOSA AHLI KELUARGA KAMI.

Saturday, 11 August 2012

RAYA vs TRIAL SPM

RAMADHAN hampir berlalu,RAYA dah nak sampai.PERSEKOLAHAN hampir ke kemuncak,TRIAL SPM & SPM SEBENAR dah tunggu kita.hahaha..ohhh ready ke tak aku ni??tanya sendiri jawab sendiri la.hehehe.Hanya 55% je ready aku tu.Ya ALLAH tenangkan la aku untuk menjawab exam nanti,untuk kawan2 aku juga Ya ALLAH..Raya tahun ni terpaksa aku korban dalam tahun ni sebab SPM adalah sekali dalam hidup aku.pastinya aku ingin buat yang terbaik. Buat orang tersayang NUR EMILIA ROSMAN do the best awak lagi pandai dri saya.saya seorang slow leaner bermaksud sya kena berusaha lebih dari awak supaya dapat setanding dengan orang pandai.doakan sya,sya doakan awak sayang..mudah mudahan kita berjaya sama2 AMIN YA ALLAH.....

Saturday, 28 July 2012

Hari Sukan Sekolah

ASSALAMMUALAIKUM..Hari yang buat aku gembira, 28 jun.2012 ada hari sukan sekolah buat kali yang terakhir untuk aku,almaklumlah aku form 5 abg senior tapi umur masih junior hehehehe..5 tahun aku bersekolah di SMK MALIM,5 TAHUN kenal dengan EMILIA eh tiba-tiba je.hahaha.Sukan tahun ni tak banyak aktiviti sebab banyak acara buat pada acara awal sukan.So hari kemuncak nya ada 4 acara je.100 M-4X400 M-LOMPAT TINGGI and TARIK TALI tapi still happening.Tahun ni aku dapat 2 PERAK 2 GANGSA.kalau pingat terkumpul dalam 5 tahun aku kat SMK MALIM 2 EMAS 7 PERAK 4 GANGSA.huhuhu
PERBARISAN RUMAH SUKAN AKU-ALFA
TAHNIAH!! adik aku ameera farisha.olahragawati
AKU and ADIK pakai bju merah.yang Hijau tu??errrr.love u <3
TAHNIAH PASUKAN ALFA JUARA KESELURUHAN

Friday, 29 June 2012

MCF 1849

ASSALAMUALAIKUM...semalam motor MODENAS CT 100 sah milik kepunyaan aku.ALHAMDULILLAH..

Tuesday, 26 June 2012

Genap Setahun Di SMK ZABA

ASSALAMUALAIKUM. Bila cerita tentang GENG ZABA aku.Memang aku tersenyum.sebab mereka adalah kawan yang mengenang budi.First sekali,aku baru dapat rasa ERTI PERSAHABATAN yang sejati.Aku baru 1 tahun kenal dengan mereka,tak sangka pula boleh menjadi sahabat karib begitu cepat..Aku ramai kawan tapi tak sehebat GENG ZABA.Senang sama-sama susah sama-sama.Kenangan yang aku tak boleh lupakan bila mereka sambut birthday bersama-sama,aku rasa GENG ZABA yang lain turut rasa terharu.Masa sambut birthday,dalam fikiran aku mesti ada baling2 tepung,telur dan apa2 lah.Tapi salah kot.Apa yang GENG ZABA buat bagi hadiah untuk wakil 1 kelas sekali..Di dalam kelas GENG ZABA ada beberapa orang yang kehidupan nya yang agak susah so bila birthday dieorang selain bagi hadiah, GENG ZABA memberi sedikit sumbangan duit.Setiap seorang sumbang RM 5.00 tapi aku memberi lebih sedikit sebab aku tahu,aku ada buat bissnes so duit yang aku dapat tu datangnya dari ALLAH itu semua rezeki tak salah aku memberi sedekah kepada orang yang susah.Lagi pun GENG ZABA sentiasa memberi support kat aku dri segi bisnes yang aku buat, baik lelaki dan perempuan siap buat promote kat tempat lain.TERIMA KASIH KAWAN. Aku macam tak percaya je,macam mana diaorang boleh bersatu hati sebegini rupa.Tapi sayangnya aku hanya sementara je di sana.tetapi GENG ZABA bukan sementara tetapi selamanya.Mereka tidak mementingkan diri sendiri itu yang aku salute kat diaorang.harap diaorang masih kekal.Kalau ada program yang GENG ZABA kena uruskan dekat luar pastikan semua sekali pergi,cikgu tak boleh pilih2.hahaha time ni yang aku gelak je tengok diaorang bantah2 cikgu cakap.cikgu pun ok kan je.hahaha..aku harap pengalaman macam ni dapat di ulangi..Kawan aku yang dekat malim pun ok juga tapi diaorang macam tak satu hati dan ada yang mementingkan diri sendiri tu je……..

Diam-Diam Aku

ASSALAMUALAIKUM.Mood hari ni kadang2 ok kadang2 tak..Aku rasa macam hubungan aku dengan si dia tak seperti dulu,dulu cara layanan yang dia beri kat aku sangat2 la ok.Aku memang suka dan masa tu aku berdoa agar hubungan aku dengan dia semakin kuat.Tetapi sekarang sudah berubah mungkin faktor kematangan.Aku tak dapat balik cara layanan yang si dia berikan dulu.Kalau dulu 70% mesti dengan aku.Tetapi sejak akhir2 ni aku rasa dalam 40% je dengan aku,luangkan masa dengan aku mungkin dah bosan.Aku pun ada perasaan juga.Itu pendapat aku yang apa aku rasakan.tak tahu la betul ke tidak.Harap ianya lebih ke arah postif dan bahagia.Aku fobia dengan sikap dia masa form 2.kalau boleh tak nak cerita kat sini.Itulah punca aku kadang2 tak ada mood,bila ada masalah dengan dia,automatik aku akan terfikir kisah dulu.Harap tak jadi macam tu lagi kat aku.Segala masalah ALHAMDULILLAH selesai dengan baik,walaupun kadang2 makan masa yang lama..FAKTA orang perempuan bila buat mistake dalam perhubungan pasti lelaki yang salah walaubagaimana pun mesti lelaki yang salah,orang lelaki pun ye kan aje.sebab tak nak panjang lebar cerita.Ada lelaki yang bercouple hanya memandang wajah seorang perempuan yang cantik dan menggodakan,bila dah couple lama2 clash cari org lain.sebab couple berdasarkan rupa shaja.Itu memang segelintir perangai orang lelaki.Ada perempuan bercouple hanya di zaman persekolahan kerana sudah berniat lepas habis sekolah nak clash sebab masa kat U nanti ada yang hensem2,kaya2.Itu memang segelintir perangai orang perempuan.sory to say.aku tak ada belah mana2 pihak.So memang aku akui diri aku sendiri sebab aku kenal dengan diri aku yang aku memang setia orang nya jika aku betul2 cintakan seseorang seperti buah hati aku.Bagi aku pasangan bercouple DEACTIVE FB DAN TWITTER adalah langkah yang terbaik untuk menjaga perhubungan,jika mereka serius dalam perhubungan.Kadang-kadang FB or TWITTER ni punca pergaduhan juga.so harap di elakkan.Tapi aku paling tak suka kalau orang bercouple cerita masalah2 BF kat kawan BF dia tu sendiri.contoh,'BF sya lebih pentingkan aktiviti dia daripada sya'.Apa agaknya kalau BF ckap masalah GF kat kawan GF tu sendri.hmmm macam kita ni tak bertanggungjawab bukan.So bagi aku kita serahkan segala kepada ALLAH YANG MAHA ESA,MAHA MENGETAHUI.Yang penting kena berusaha dahulu,lebihkan ke arah kebaikan dan berdoa.Doa ialah senjata kita.......

MODENAS CT 100

ASSLAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..Hari ni nak cerita tentang post tittle tu.MODENAS CT 100, seorang motor ek!!! sebuah motor yang benar nya.hehehe.Sebuah motor yang bukan aku idamkan or bukan target motor yang aku nak beli.sememangnya aku minat HONDA WAVE,tapi berdasarkan ekonomi aku yang belum stabil aku terpaksa melupakan dan cari yang lain.MODENAS CT 100 pilihan terakhir aku,then ALHAMDULILLAH kena la dengan ekonomi aku sekarang ni so aku memilih CT 100.Tapi belum beli lagi pun cuma masih dalam rundingan harap2 cepat la dapat.hihihi..Ingat nak pakai sementara je CT 100 sebab bila ekonomi aku dah ok,ingat nak tukar pakai WAVE pulak.tapi mungkin ke aku akan tukar sebab mesti kita ada perasaan kat motor yang pertama kita,lagi-lagi duit kita yang guna beli motor.fuh sayang gila.kalau boleh nak basuh hari-hari.Motor bukan nak pergi merempit tapi pergi kerja balik kerja,round sana round sini,maybe sekejap je kot ada perangai macam tu,lepas tu dah bosan,dah malas nak bawak motor.aduiyai.hehehehe CHAU DULU!!!

Saturday, 23 June 2012

Improve

ASSALAMMUALAIKUM. Syukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang untuk aku terus menjalani kehidupan dan mencari ilmu.Yang paling penting dapat meneruskan ibadah kepada ALLAH S.W.T dan terus mengumpul pahala dan amal kebaikan yang aku lakukan. Bukan senang untuk hidup di dunia yang penuh pancaroba ini.Banyak halangan,cubaan dan ujian yang diberikan,namun kita harus menempuhinya dengan kuat dan sabar..Tetapi tidak aku yang kadang2 tidak dapat mengawal emosi,kadang2 mudah sangat berputus asa.Semenjak 2-3 hari ni ALHAMDULILLAH aku berasa sangat tenang walaupun seseorang itu telah membuatkan aku kecewa dengan dia.Aku harap sikap aku yang mula berubah ni dapat di teruskan dengan baik.Biarla benda atau perkara yang boleh buat aku kecewa sedih sakit hati tu semua dapat aku atasi dan cepat lupakan.Biarla TUHAN KU YANG SATU tahu isi hati aku agar di beri petunjuk ke arah yang benar.

Thursday, 31 May 2012

AGENT

ASSALAMMUALAIKUM.. Aku sekarang terus mahu cerita tentang tittle di atas tu ha......AGENT kan.. Aku ni pada mulanya jual jersey,buat tempahan jersey semua.ALHAMDULILLAH dengan niat nawaitu aku yang ingin bersungguh-sungguh dan serius dalam bidang perniagaan.aku telah mendapat offer dari 2 kedai yang mahukan aku menjadi agent jersey,t-shirt semua.. so untuk anda semua mahukan apa-apa lah tentang baju.sila search FACEBOOK-ARIL JERSEYSHOP AJS

Kembali Ke Blog

ASSALAMMUALAIKUM.. Lama betul tak update,memang sibuk dan tak ada masa langsung.. dalam beberapa bulan ni banyak cerita gembira,sedih,semua la senang cerita. Bila update blog dalam kita tak sedari kita telah membuat ayat yang bagus untuk diri kita dan pembaca macam buat karangan BM la.itu juga 1 proses pembelajaran.hehehe blog juga membuat banyak sejarah kepada diri aku..blog juga membuat aku tersenyum apabila membaca nya.especially,buah hati aku EMILIA.hehehe.bila aku baca pasti aku tersentuh dan tersenyum. blog dahulu tempat aku dan si dia berbalas balas update.hehehe..kadang-kadang seminggu tak on fb,sebab nak layan kan blog.., best of moment

Sunday, 8 April 2012

Khidmat Masyarakat Di SK TENGKERA 2 Melaka

Khidmat masyarakat yang telah diplilih oleh guru SMK MALIM untuk menjaya kan Mesyuarat Agung PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKERA 2 MELAKA yang di jemput oleh YDP PIBG tersebut untuk melakukan aktiviti senam ringan kemudian di ikuti poco poco..








CYCLING

ASSALAMMUALAIKUM....

WAH lama sungguh tak update.hehehe.sibuk sikit dengan hal-hal kat sekolah dan aktiviti luar.
ni nak cerita sikit tentang aktiviti yang baru aku ceburi iaitu basikal.basikal bukan jalan2 taman,tapi pusing 1 MELAKA.
ni la gambar2 saat2 manis bersama geng yang lain..



ehem ehem.hahaha.

Saturday, 28 January 2012

Aril Jersey Shop



assalammualaikum

kat sni nak promote sikit or nak cerita la.tentang Aril Jersey Shop.
Aril Jersey Shop nie adalah salah satu temapat aku berniaga secara online.
aku dah mula buat niaga nie sejak aku form 3,sebelum nie aku niaga secara biasa,tak ade kedai.alhamdulillah hasilnye memuaskan.
so aku nak try buat secara online pula.alahamdulillah juga tidak mengecewakan aku.
dan alhamdulillah respon custumor aku yang membeli jersey aku nie memberi respon yang positif.termasuk tahun nie aku dh siapkan dengan sempurna jersey2 yang di order oleh custumor aku sebanyak 90 helai.

so sesiapa yang berminat untuk tempah jersey boleh layari email ni
http://www.facebook.com/#!/pages/Aril-Jersey-Shop/211235152254327