Thursday, 4 July 2013

PERANTAU

ASSALAMMUALAIKUM..Sejak bekerja ni.susah nak kesana kesini,memang struggle gila kerja dekat courts ni.kadang2 off day pun aku still kerja untuk dapatkan sales.memang la rezeki tu datangnya dari TUHAN tapi kita kena berusaha dan kita jangan lupakan kewajipan kita..off day hari khamis so masa tu lah siapkan jersey and design semua bagai,memang takde rehatla kiranya.takpe ril susah dulu senang kemudian kalau jatuh tahu bangkit kalau berada di atas pertahankan..haih baru aku dapat rasakan dunia yang sebenar yang penuh dugaan dan cabaran hanya kita yang menentukan arah kita sendiri sama ada jalan yang kita pilih tu baik atau tersasar jauh.aku kadang2 ingatkan adik perempuan aku,supaya fikir masak2 lepas habis sekolah atau buat perancangan awal.aku harap dapat buat business aku betul2 then aku nak assistant aku adik2 aku sendiri.sekurang kurangnya aku dapat tolong diaorang.masih jauh perjalanan aku sekiranya aku ditakdirkan umur yang panjang dari sekarang aku kena cepat2 bangun dan tak boleh toleh ke belakang lagi..apa yang penting aku dahulukan,yang lain kemudian cerita,sejak kebelakangan ni macam2 rezeki ALLAH dah beri cuma aku je yang tahu atau tak bersyukur,mudah mudahan aku bersyukur tu dengan cara yang betul..ALLAH telah permudahkan urusan aku selama ni aku bergerak kesana kesini dengan selamat..aku ingin menjadi seorang PERANTAU dengan cara aku tersendiri,aku nak orang kenal aku dengan cara aku membawa 1 kejayaan yang baik bukan dengan publisiti murahan..bagi standard harga diri tu.jangan orang pandang rendah atas kemampuan kita..harap lebih sukses lagi

Friday, 21 June 2013

New Stock Jersey

ASSALAMMUALAIKUM...mood berkobar2 dengan kehadiran stok jersey baru.memang target tinggi untuk musim jualan tahun ni.aku sebagai pengurus ARIL JERSEY SHOP ENTERPRISE ni mempunyai harapan besar dalam perniagaan aku sendiri..makin lama makin matang buat business,kalau dulu hanya buat seronok2 tapi bila dah melekat dengan perniagaan..ALHAMDULILLAH semuanya menaik secara berperingkat-peringkat..seronok bila kita yang arrangekan business kita sendiri untung rugi kita yang tanggung.walaupun bukan mudah nak ke tahap USAHAWAN MUDA BERJAYA tapi aku rela mula daripada bawah,mula dari hidup susah ke senang..kita untung jangan ingat selama-lamanya,pandai rollingkan duit senang la hidup kita jika ALLAH memberikan rezeki yang luas untuk kita.lepas dapat hasil jangan lupa KATA KUNCI kita menyebut ALHAMDULILLAH tanda syukur kita kerana ALLAH memberikan rezeki hasil modal kita sendiri..so sekarang stok jersey baru masuk dalam kepala macam2 nak buat pembaharuan buat itulah inilah..so papehal fokus je....

Thursday, 13 June 2013

EVERYTHING FOR ZABA

ASSLAMMUALAIKUM..Harini aku cuti kerja.macam biasa siapkan tshirt yang belum habis.tapi nasib baik semalam stok jersey dah siap kira dan agihkan bersama kak aina dengan abang tercintanya,kalau tak sampai bila pun tak siap.lepas siapkan tshirt dalam jam 2 petang tadi,dalam jam 5 petang dapat panggilan dari kawan aku di zaba,terkejut jugak dia call tiba tiba je,rupa rupanya diaorag suruh aku datang zaba sebab lama tak jumpa..lepas je call tanpa buang masa capai kunci kereta satria neo kepunyaan mak aku then terus drive ke zaba..sampai zaba kira kira dalam jam 6.40 petang..terkejut gak semua ada sekali.turun dari kereta diaorang terus ke arah aku salam dan peluk..peh sayu hati aku ni,kawan yang jauh ni amat menghargai aku..then kitaorang terus ke kedai makan ikan bakar seremban 2,aku ingat ada sape sape belanja rupa rupanya kongsi duit hahaha..adalah dalam rm 233.00 billnya.makan ikan jenahak sweet sour ,sotong goreng tepung,pari bakar sambal..apa yang nak dikisahkan pasal bayaran janji kita happy bukan selalu macam ni.lepas makan kitaorang solat maghrib dekat kedai tu juga..lepas tu kitaorang pergi jj seremban 2 saja jalan jalan untuk penuhi jadual.hehehe.. aku target memang nak balik sebelum jam 10 malam sebab esok kerja.jalan punya jalan sampai tak sedar dah pukul 9 lebih.apa lagi cepat cepat balik..tapi yang menyedihkan diaorang sanggup ajak aku tidur rumah sape2 yang dekat,tapi aku terpaksa tolak pelawaan diaorang sebab esok aku kerja lagipun aku tak lepas target lagi,kalau dah lepas target hati pun senang.. walaupun perjumpaan kita ni sekejap tetapi ia membawa makna yang besar..THANK YOU ZABA I MISS YOU ALL

Hancur Harapan

YA ALLAH jika ini ujian yang kau berikan padaku atas perpisahan kami aku terima dengan hati yang terbuka dan redha.aku tahu ada hikmahnya sebagaimana aku sanggup tunggu 2 tahun itulah hikmahnya yang kau berikan pada aku pada masa itu..Jika dia adalah jodohku maka kau tetapkanlah,satukan kami semula,tolong jagakan dia untuk aku lindungilah dia dari perkara yang negatif agar dia dapat membawa dirinya dengan baik.jika dia mempunyai pengganti baru kau bahagiakanlah mereka,mudah mudahan dia tidak menyakitkan hati orang barunya itu seperti terjadi pada diri aku,bukan dia jahat tapi dia mahu merasakan perkara yang baru..aku tak sanggup nak ceritakan segalanya disini,biarla hanya perkara yang indah berada di diari aku ni..walaupun perit aku terima tapi perlahan lahan aku tenangkan diri aku..aku tak pernah rasa cinta dan sayang sekuat macam aku berikan pada dia.tetapi apakan daya suasana persekitaran mengubahkannya..minta maaf dan terima kasih atas segala galanya..aku amat menghargai dia walaupun 2 kali aku terkena macam ni,tapi ini dugaan untuk kami berdua.masih jauh perjalanan kita sayang buatlah yang terbaik dalam diri ni